Friday, February 1, 2008

Minggu keempat: What is ETeMS???

What is ETeMS? ETeMS is English for Teaching Mathematics and Science. Dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah, Program Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). The objective of ETeMS is to enhance the English language skills of Mathematics and Science teachers to enable them to reach effectively using English as the medium of instruction. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi anda boleh layarinya di laman web rasmi di talian bebas tol di http://www.tutor.com.my/tutor/etems/ Dalam web ini banyak diberi pendedahan tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran & pembelajaran Sains dan Math.

Pada awal sesi pembelajaran Cik Chin telah memberi penerangan tentang penukaran pro-forma di dalam kelas, di mana kerja dalam kelas merangkumi 40% dan untuk final exam pula merangkumi 60%. Berbalik pada topic asal, ETeMS ini terdapat banyak modul untuk sekolah menengah dan sekolah rendah. Selain itu juga, terdapat panduan mengajar untuk guru-guru dan contoh modul untuk pelajar. Di dalam portal pendidikan Utusan Malaysia http://www.tutor.com.my/ terdapat banyak bahan pengajaran untuk PMR, SPM, bank soalan, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, di dalam bank soalan, terdapat banyak contoh² soalan tahun-tahun lepas yang merangkumi semua tingkatan. Dari sini para guru dapat menggunakan contoh-contoh soalan ini untuk diberikan kepada pelajar sebgai latihan di dalam kelas.

Laman web sebegini amat berguna kepada guru dan juga pelajar, Selain itu, dalam laman web http://www.tutor.com.my/ Saya amat tertarik kepada 'bilik guru' yang mana di situ terdapat rancangan mengajar, M&S teaching script, ETeMS, modul kursus TMK-P&P, dan lain-lain lagi. Laman web ni banyak memberi tunjuk ajar pada guru-guru dan juga bakal guru teknik-teknik pengajaran, contoh-contoh soalan dan sebagainya. Selain laman web portal pendidikan Utusan Malaysia, di http://myschoolnet.ppk.kpm.my juga terdapat bahan pengajaran Math dan Science dalam Bahasa Inggeris. Antara isi kandungan yang terdapat dalam laman web ini seperti, pakatan pintar - koleksi pemenang anugerah guru inovatif, modul pembelajaran masteri, dan sebagainya.


Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari apa yang telah kite pelajari dalam minggu ini. Terima Kasih diucapkan kepada guru kami Cik Chin kerana banyak memberi pendedahan tentang ETeMS kepada kami. Sekian...

Persoalan:

  1. Kenapa susah untuk dapatkan bahan pengajaran dalam Pendidikan Islam?
  2. Sejauh mana keberkesan ETeMS??
  3. Kenapa perlu memartabatkan bahasa asing? sedangkan bahasa sendiri dibiarkan begitu saja? dimanakah martabat Bahasa Melayu?