Wednesday, January 23, 2008

Minggu Pertama: Salam Perkenalan

Assalamualaikum, salam pembuka bicara, rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan salam perkenalan untuk rakan-rakan DPLI-Pendidikan Islam, UM. Walaupun tempoh taaruf kita ni terlalu singkat namum ianya dapat memberikan impak yang mendalam untuk kita semua. Ini adalah hasil dari kreativiti program yang telah dikendalikan oleh pihak universiti.

Selesai sudah minggu pertama, minggu yang memeningkan kita semua dengan borang² perjanjian guru. minggu pertama ni boleh dikatakan minggu awal pengenalan bagi subjek² yang harus diambil dalam menyempurnakan Diploma Pendidikan. Minggu pertama juga minggu pembahagian kumpulan, entah berapa kali kumpulan dibahagikan sehinggakan kadang-kala memeningkan jugak. Kumpulan usrah, kumpulan Ustazah Zaharah, kumpulan Pendidikan Jasmani, dan bermacam² kumpulan lagi. Walaubagaimana pun semuanya berjalan dengan lancar...Alhamdulillah...

Bermulanya minggu kedua, bermulalah sesi pembelajaran yang agak serious. banyak tugas² telah diberikan, di antara tugas yang diberikan pada minggu kedua ialah dalam subjek Teknologi dan Aplikasi dalam Pendidikan yang diajar oleh Cik Umi, Cik Chin, dan Prof Dr Saedah Seraj, di mana semua pelajar diwajibkan menyiapkan satu blog untuk setiap minggu. Hari ni saya lebih kepada penerangan ringkas cara untuk membuat blog. Kami ditunjuk oleh Cik Chin contoh² blog yang telah dibuat oleh pelajar² yang lepas. Kebanyakannya semua kreatif² belaka. Saya juga faham sikit sebanyak bagaimana cara untuk register blog dan yahoogroups. Dalam yahoogroups Cik Chin telah ingatkan kami semua untuk buat 'link' dalam folder 'class blog' yang terdapat dalam yahoogroups DipEd_2008. Anda boleh layarinya di laman web: http://groups.yahoo.com. Sebelum ni pun penah jugak terdedah dengan blog ni, tapi bila dah lama tak guna, jadi banyak yang dah lupa...

Bagi saya, ilmu ICT ni teramat penting untuk saya kerana tanpanya ICT mungkin kehidupan kita akan terkebelakang, dengan istilah lain, 'ketinggalan zaman'. Tak kiralah sama ada ustaz mahupun ustazah, ICT wajib dipelajari, walau sedikit mana secetek mana ilmu kita tentang ICT pun, kita wajib majukan diri kita demi bangsa, agama, dan negara. Di samping mendidik, ICT di sekolah amat penting. Pelajar sekarang dah makin maju, tak macam zaman dulu kala. Jadi, untuk jadi seorang guru yang berkualiti hendaklah kita 'up to date' sama dengan peredaran zaman. So, sama²lah kita mengaut sebanyak yang mungkin ilmu ICT dalam subjek Teknologi dan Aplikasi dalam Pendidikan. Sekian dulu untuk kali ini, Wassalam...

No comments: