Wednesday, January 30, 2008

Minggu kedua: Pembikinan Blog dan YahooGroups

Minggu kedua bermula seawal 9.00am di kelas yang sama berhampiran dengan Dewan Auditorium. Di permulaan kelas kami di bahagikan kepada tiga kumpulan di bawah kelolaan Cik Chin, Cik Umi, dan Prof. Dr. Saedah Seraj. Pembahagian kumpulan memakan masa selama beberapa minit, dan saya telah termasuk di bawah kelolaan Cik Chin. Kemudian semua pelajar bergerak menuju ke makmal komputer mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Pada hari ini juga kami diterangkan tentang pro-forma di dalam kelas...Dulu, semasa menuntut di UIA, pro-forma ni dikenali dengan 'course outline', tapi bila dah masuk UM ni banyaklah perbezaannya.

Sepertimana gambar yang telah saya 'attach'kan dalam ruangan kali ini, rasanya semua sudah sedia maklum dan sikit sebanyak sudah mahir menggunakan dan memanfaatkan teknologi yang sudah tersedia ini. Minggi ini kami diajar oleh Cik Chin how to create blog. Pertama sekalinya kita mestilah mempunyai email untuk mendaftarkan blog kita sendiri. Seperti yang kita semua sedia maklum blog ini kita boleh layarinya di laman web: www.blogger.com. Dengan adanya email sendiri barulah boleh untuk kita mendaftarkan blog. Ianya amatlah mudah sekali kalau diikutkan pada gambar rajah yang telah saya paparkan, namun ianya agak sukar pada hakikatnya. Mungkin disebabkan dengan ketidakbiasaan menggunakan blog, ianya menjadi sedikit kesukaran bagi saya. Namun Cik Chin tidak putus² member penerangan dan tunjuk ajar cara² pembikinan blog ini.

Walaubagaimanapun, saya tidak berkesempatan untuk menyiapkan sepenuhnya blog dan yahoogroups saya kerana masalah kekurangan komputer di makmal tersebut. Namun saya rasakan amat bertuah kerana saya dapat mempelajarinya daripada melihat bagaimana rakan² lain mendaftar blog dan yahoogroups. Dari situ dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya tentang pembikinan blog dan yahoogroups. Apa yang saya fahami dari pembelajaran kali ini ialah, dengan adanya blog dan yahoogroups, membolehkan kita untuk 'link' kan blog kita dengan blog rakan² kelas yang lain melalui blog yang terkumpul dalam 'class blog' yang tedapat dalam yahoogroups. Anda boleh layarinya di laman web: http://uk.groups.yahoo.com/group/DipEd_2008/ Dengan ini kita dapat berkongsi pendapat dan pengalaman dengan rakan² kelas yang lain melalui class blog tersebut. Dari situ dapat juga kita lihat rakan² kita yang 'creative' mendecorate blog mereka, macam Husaif, Raqi, Abrar dan ramai lagi...Syabas diucapkan...

Persoalan.....
  1. Bagaimanakah untuk saya melihat blog rakan² yang lain melalui blog kita sendiri tanpa melihatnya dari yahoogroups?
  2. Selain Blog, mungkin ada program lain yang boleh me'link'kan dengan yahoogroups?

No comments: