Wah! Gah sekali bangunan yang tersergam indah ini. Mungkin ramai di antara kita masih belum mengenalinya. Inilah Kolej Sultan Abdul Hamid, salah sebuah sekolah bistari yang terdapat di negara kita. Sekolah ini telah melahirkan ramai cendekiawan negara yang telah banyak menyumbang ilmu mereka kepada negara.Dalam minggu ketiga pembelajaran Teknologi dan Aplikasi dalam Pendidikan, kami diberi pendedahan oleh Cik Chin dengan sekolah bestari, di mana sekolah² ini banyak menggunakan kaedah pembelajaran yang canggih seperti Interactive White Board (IWB), Projector, LCD, dan sebagainya. Ini adalah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai dan celik IT, sejajar dengar hasrat kerajaan dalam membangunkan Multimedia Super Corridor (MSC) di negara ini. Sekolah bestari selalunya dilengkapi dengan kemudahan internet, penggunaan komputer di dalam kelas, dan sebagainya.

Selain itu juga Cik Chin telah mengadakan demonstrasi cara penggunaan IWB di dalam kelas. yang mana demo itu telah dibuat secara percuma tanpa bayaran dari rakan kita (Abdullah)... Terima kasih buat rakan kita kerana sudi menunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan IWB. Di samping itu juga saya diajar bagaimana untuk mendapatkan nota² pengajaran melalui laman web: www.moe.gov.my/tayang.php?laman=guru&unit=guru&bhs=my dan juga boleh melayarinya di laman web: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexi.htm. Setelah selesai sesi kelas, Cik Chin telah memberikan borang pre-test untuk diisi oleh setiap pelajar... Lebih kurang borang survey la kot. Dalam berbaki masa setengah jam, kami dibenarkan oleh Cik Chin untuk menyiapkan blog masing².
Dalam berbaki masa setengah jam, saya sempat untuk menyiapkan sepenuhnya blog dan yahoogroups saya yang tidak berkesempatan untuk menyiapkannya pada minggu lepas. Syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan dan tunjuk ajar dari rakan². Terima kasih diucapkan kepada Abrar, Nizam, Azril, dan lain² lagi kerana sudi memberikan tunjuk ajar. Untuk akhirnya, sehingga bertemu lagi di 'post' untuk minggu hadapan...
Persoalan....
- Sejauhmanakah keberkesanan mengajar pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah IWB/ LCD/ Projektor berbanding dengan kaedah yang biasa digunakan?
- Adakah sukatan pelajaran antara sekolah bestari dengan sekolah biasa berbeza?

No comments:
Post a Comment